“KITA MEMBINA HIDUP DENGAN APA YANG KITA DAPAT TETAPI KITA MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN APA YANG KITA BERIKAN”

Saturday, May 1, 2010

3 jodoh . apekah ??



dah 2 hari dekat rumah .
bestnye .. .hehe .
mana ada tempat terbaek selaen di rumah kan . :D
bercuti sakan la jugak . ^_^
siang tadi tengok movie syurga cinta .
movie tu dah lama izz ada , cuma tak penah tengok .
tadi ada kat TV , so layan jelaa...
overall , ok la jugak story 2 .
not bad la. banyak bagi kesedaran n keinsafan la pada kita ... tentang agama dan cinta ..
cewwaaahh ;p

apa yg izz dapat dari movie tu ,
ada 3 jodoh di dunia ni ...

1)jodoh dari syaitan
Jodoh ni maksudnya kita kenal pasangan kita, kemudian buat maksiat sampai lahirkan anak , kemudian baru kawen.....( nauzubillah . mintak dijauhkan )

2)jodoh dari jin
jodoh ni maksudnya kita suka seseorang , tp orang tu tak suka kita , kemudian kita pakai bomoh, tok dukun n semua unsur syirik laahh semata-mata nak dapatkan orang tu. .
(terok kan ? kalau orang dah tak suke , tak payahla susah payah buat semua tu. banyak lagi yang lain.... ada akai ka ? )

3)jodoh dari Allah SWT.
jodoh ni maksudnya jodoh yang kita kenal dari mata kemudian menusuk ke kalbu . dan kita terus masuk meminang orang tu.... tanpa dicemari dengan maksiat . (ni la yg kita mahu kan.. aminnn :) ))


tu jela nak kongsi. ^_^
wassalam .

Friday, April 30, 2010

kata-kata yg selalu diucapkan manusia....



"....tak apalah asalkan niat kita ikhlas . Bukankah niat yg ikhlas tu dan tujuan baik itulah yg pertama di sisi Allah? "

Ini la yg selalu terjadi dalam masyarakat . Kalau kita perasan la... Ramai yg percaya bahawa segala amalan yg diiringi niat & tujuan yg ikhlas tetap akan diterima walaupun CARA PERLAKSANAANNYA TAK SELARI DGN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W ,

"Barangsiapa yg mengada-adakan(mencipta perkara baru) di dlm urusan kami (iaitu di dlm perkara berkaitan agama)apa-apa yg tidak ada padanya(contoh daripada kami) maka tertolaklah ia"

-hadis riwayat Al-Bukhari-


Ingatla...setiap kerja yg kita lakukan , hanya kerberkatan dan keredhaan Allah yang dipinta...
matlamat tidak menghalalkan cara :)

Wednesday, April 28, 2010

Nak balik ke tak ??



"ALONG , balik la esok . Tunggu 3hb lambat lagi .. biarla rugi rm30 je. daripada duduk UKM sampai 3hb nanti , habis duit lebih dari RM30 tu... ".

semalam umi call . suruh balik . kalau korang nak tahu , tiket flight izz dah booking .
3hb 5 . izz dah abes exam semalam lagi ...bukan ape, masa book tiket tu, ingat 1/2 hribulan ni ade program . tp kena postpon sem depan :((
Tak larat nak memikir la nak balik hari ni (29hb) or tunggu 3hb je...'
in confuse..... barang2 pun tak kemas lagi .
kotak pon takde . hehe . kalau korang tengok barang dalam bilik izz ni ,masyaAllah . geleng pale r kut .hehehe

"Kalau mak dah suruh balik tu, balik je.... "
kata2 NANI buat aku makin serba salah . nak balik ke x ? nak balik ke x ?
hmm...

sedang seronok ber"ONLINE" , tiba2....

"ALONG , jadi balik tak ?Abah ada dekat UUM ni . ada training budak2"
abah hantar mesej . Abah izz ni seorang coach atlet olahraga negeri kedah.


"ALONG tak beli tiket lagi . Satgi baru nak pi tengok .barang2 pun tak kemas lagi.InsyaAllah , hari ni atau esok la ALONG balik... "

Bahasa kedah. harap2 korang paham .hehe.
hmm...tu je la izz mampu reply kat abah ......


INSYAALLAH. malam ni atau malam esok gak izz balik ! muktamad :)

REAKSI AIR JIKA DIBACAKAN DOA!


penah tak terfikir :
kenapa kalau baca Yaasin mesti kena ada air ?
kenapa berubat je kena ada air sebotol?
kenapa sebelum makan/minum kena baca doa ?

sebenarnye, doa yang baik mampu merubah air/makanan menjadi sesuatu yang baik bagi tubuh. tak percaya ??
tengok ar gambar2 ni .....semua membuktikan kebesaran Allah SWT.
Hasil kajian air oleh Dr.Masaru Emoto dan kawan beliau ,Kazuya Ishibashi.

  • Gambar air SEBELUM diberi doa :

  • Gambar kristal air SESUDAH diberi doa :
SUBHANALLAH....
Maha Besar Ciptaan Allah.....
sebab tu la agama ajar kita berdoa sebelum makan/minum
agar makanan dan rezeki yang dikurniakan kepada kita itu menjadi berkat daripada Allah, iaitu sentiasa merupakan rezeki yang halal, yang diperoleh secara yang betul, dan memohon agar makanan itu menjadi penawar yang berkhasiat dan berzat untuk tubuh badan dan jiwa kita.

Islam is the way of life :)

apa2 yang kita cakap sebelum makan /minum pun effect jugak tau ?

Kristal air yang terbentuk jika kita mengatakan
“kamu bodoh” :


Kristal air yang terbentuk jika kita mengatakan
“cinta dan terima kasih” :

haa... dah terbukti air jugak mampu beri respon kalau kita cakap atau berfikiran negatif je....
dalam badan manusia ada kira2 70% air . Selalu la berfikiran positif . Air pun memainkan peranan dalam badan kita .
Kalau asyik fikir negatif je , sebab tu la badan tak sehat :)

“Dan kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup…” (Q.S Al Anbiya (21) :30).

wallahu'alam ....

Tuesday, April 27, 2010

kelakar tak ingat . hehehe


post kali ni sekadar hiburan . komedi ringan untuk korang yang rasa2 ngantuk study or buat keje . enjoy2 la k ! :)





p/s : yeahh. dah gelak okayla sikit .hilang ngantuk ! ^_^

sumber : cartoonrama. alif firdaus azis :)



Monday, April 26, 2010

ayat Al-Quran dalam kromosom DNA??

Dr. Ahmad Khan adalah salah seorang ilmuwan muslim yang berjaya membuktikan tentang kaitan antara Al Quran dan rancang struktur tubuh manusia .

Dalam dunia biologi dan genetik ,yg izz belajar memang banyak DNA yang ada tapi x produce protein .. Area yang tak produce protein ini disebut Junk DNA atau DNA sampah.Tapi, DNA tersebut menurut Ahmad Khan bukan sampah semata-mata! Allah dah cipta sempurna dah , mesti ada keistimewaannya DNA ni .Nak tahu apa ?JOM BACA. :D

. Menurut hasil hasil kajiannya, DNA sampah tersebut merupakan untaian firman-firman Allah.

Ayat yang pertama yg dijumpai :

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"

(QS. Al-Alaq [96] : 1).

Yang peliknya, lepas penemuan ayat pertama ni ,ayat2 lain muncul dgn cepat. Sampai sekarang ni,dh jumpa 1/10 ayat Al Quran.!Subhanallah... Ahmad Khan kemudian himpun penemuan-penemuannya dalam beberapa lembar kertas yang banyak memuat kod-kod genetik rantai kodon pada cromosome manusia iaituT, C, G, dan A masing-masing kod Nucleotida yg akan hasilkan huruf Arab yg apabila dirangkai akan menjadi firman Allah yang sangat mengagumkan!

Hm..sekarang dah ada microskop dan pembesaran(MAGNIFICATION) beribu/berjuta kali dapat kita jumpa keajaiban Allah SWT.

So,DNA yang disebut sampah tadi bukan sampah je tau! Antara surah yg dah dijumpai pada salah satu

DNA sampah tadi tulisan surat Al-Fatihah lengkap (dalam bahasa Arab), dan

di bahagian DNA yang lain sudah terbaca sebagian dari surat Al-Baqarah...


" Yang Ertinya; Kemudian akan Kami tunjukkan tanda-tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahwa ini adalah kebenaran".


Ya Allah, tidak ada sedikit pun yang Engkau ciptakan itu sia-sia.....

wallahu'alam... ^_^


sumber: http://andihasad.wordpress.com/2010/03/22/984/


Sunday, April 25, 2010

secebis doa sesudah yaasin


ya ALLAH........

andai bacaan YAASINku hari ini YAASIN terakhir bagiku...

aku hadiahkan bekalimah2 suci YAASIN ini buatMu ya ALLAH..

dan aku hulurkan bait2 ayat cintaku ini buat kekasihMu Muhammad lantas aku sedekahkan selebihnya buat ibu bapaku dan saudara seislamku....

akhirnya, andai a...da secebis sisa YAASIN ini, YAASIN ini buat diriku di sana..AMINN..

Saturday, April 24, 2010

meneran bersalin pun ada cara :D

baca2la .n selamat beramal . :D
1. angkat kepala dagu cecah dada.
2. mata pandang perut
3. tangan pegang keting (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis…kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat
5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung….kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
6. baca bismilah, selawat atau ape ajer yang terlintas tu dan teran kuat2

P/s : teran hanya bila disuruh teran (kalau di hospital, alat CTG akan diletakkan pada perut untuk measure contraction uterus, kalau ada contraction/rasa sakit baru teran, bukan main teran jer.. *_* )

hadis :
"wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah SWT menganugerahkannnya satu pahala haji"


so , semua wanita jangan la takut nak bersalin lak.hehe. yg dah tak sabar2 jadi isteri n bakal ibu tu., ingatla... Allah menguji dan memberi kesakitan bukan yang sia-sia :)